Khamis, 4 November 2010

INILAH KEHIDUPAN

hidup ini
membawa seribu erti bagi yang ingin mengerti
erti kehidupan dalam satu perjuangan
perjuangan yang tiada penghujungnya


aku dengan haluan hidupku
kau dengan jalan hidupmu
apakah itu berbeza?
adakah tujuan kita tidak sama?


mungkin sepi hati ini terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
kesepian ini mengajar erti
mengajar segala ketentuan yang tidak pasti


Inilah hidupku,inilah ungkapan terbaik buat diriku yang masih mencari apakah itu yang bernama kehidupan. Kehidupan setiap orang berbeza-beza serta matlamat hidup dan arah tujuan hidup yang dilalui berbeza. Namun di setiap perbezaan yang ada, mungkin akan timbul persamaan yang mungkin belum disedari.

1 ulasan:

  1. hidup??????its difficult.. sometime its hurts our self,,, but this is real life,, not a fairy tale,,dengan ujian,, dengan dugaan,, ia sebenarnya mematangkan seseorang itu..jgn dikesali ap yg telah kita lalui,,segalanya mempunyai hikmah tersendiri...

    BalasPadam